Friday, 23 September 2011

Ros

 Bunga ros merupakan hiasan dengan warna yang berbagai merah, merah jambu, oren ,putih dan biru...Malahan bunga ros yang dikenali sebagai bunga idaman terkenal ,.Walaupun ada hidung super Tetapi kalau dah kaya sentiasalah berhati-hatis kerana pada batang dan pokoknya 

Thursday, 22 September 2011

bongsai

 Bongsai

Seni taman mengagumi keupayaan manusia membela dan mengukir dan menjaga bongsai hingga menjadi hasil seni yang menakjubkan. Ianya perlukan masa yang lama kerana perlu di bentuk sedemikian rupa dalam jangka waktu yang ditetapan dan agak lama.  Samada yang menjaga dan menggubahnya perlukan tahap kesabaran yang tinggi supaya dapat menghasialkan bongsai yang cantik dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Terdapat beberapa jenis pokok yang boleh digubah dan dibela menjadi bongsai yang cantik.Hasil kesabaran maka dapat dilihat bongsai yang berkualiti dengan timbunan urat dan akar yang menakjubkan.Begitulah manusia memerhati lalu menggunakan kemahiran unutk menjadikan hasil seni yang indah.

menjelajah gua kelam

Satu pengalaman indah apabila kita masuk ke dalam gua..Begitulah ciptaan Tuhan...untuk dihayati dan dihargai.. satu fenomena kerana kejadian bumi yang unik...dan dalam perjalanan kita mensyukuri bahawa terlalu unik ciptaan Tuhan untuk difikirkan kejadiannya.

bersantai di tioman


Tioman memang pulau yang indah...pernah termasuk pulau yang kesepuluh tercantik di dunia..Apabila bercuti di Tioman terasa di dunia yang terasing dan tidak terusik dengan kemodenan..Alam sekitar masih anggun dengan kecantikan yang asli dan tidak tercemar..pantai yang putih dan air yang jernih menjadikan suasana percutian amat sempurna..Makanan dan minuman segar dan enak kerana baru ditangkap dari laut..wah inginrasanya kembali ke sini merasa nikmat percutian...Insya Allah..pastiku kembali satu hari nanti...

Monday, 19 September 2011

menjelajah kota singa

Temasik yang kini terkenal dengan nama kota singa...penuh dengan kejutan pemodenan..pernah tiba ke kota singa dan menaiki bas dua tingkat untuk bersiar-siar disekeliling kota..selain itu pengalaman menaiki kereta cabel yang menggerunkan merentasi lautan amat mendebarkan...tapi kerana pemandangan yang indah seronok rasanya...mengatasi rasa kegayatan ketinggian...aquariumnya yang menarik amat menarik selain berkeliling membeli belah mencari cenderamata yang sesuai...

Wednesday, 18 May 2011

bunga refflesia


Bunga Refflesia ini mendapat nama dari Stamfort Rafle yang menjumpainya...sebanyak 28spesies dan kesemuanya dengan saiz yang besar.Jika kembang sepenuhnya boleh melebihi 39 inci dan beratnya juga boleh tahan kerana mengambil kira ukur keliling dan sebagainya. Terdapat juga di Taman Negara  Kinabalu khususnya dan juga hutan-hutan yang agak tebal. Warnanya yang menarik iaitu merah menarik unggas-unggas lain kepadanya. Satu lagi tarikan pelancung unutk mengenali bunga yang unik ini.

Langkawi ku jelajahi


Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri sentiasa menggamit pengunjung yang datang ke pulaunya yang terletak di utara iaitu di negeri Kedah. Banyak sekali tarikan di Langkawi yang menjanjikan percutian yang tidak dapat di lupakan. Pulaunya yang indah dengan pantai yang putih dan tempat menarik seperti Beras Terbakar..menjanjikan pengalaman menarik sambil kita mengetahui sejarah tempatan. Kuah yang penuh dengan kedai dan gerai-gerai untuk pengunjung menyediakan bermacam-macam cenderamata untuk dibawa pulang. Selain itu sekarang telah ada cabel unutk dinaiki dari Bukit Berincang..menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pengalaman pergi ke Langkawi semasa LIMA diadakan amat menakjubkan. Banyak sekali negara yang mengambil bahagaian samada pameran kenderaan di darat laut dan udara menjadikan Langkawi sebagai pusat tarikan nombor satu. berbagai pameran diadakan dan sekaligus mencapah perkembangan maklumat yang diterima para pengunjung sambil melancung dan belajar dari setiap pameran yang disaksikan.

Walaupun telah banyak kali pergi ke Langkawi para pengunjung tidak akan serik-serik dengan pemandangannya yang indah dan pengalaman membeli minyak gamat  iaitu mencuba minyak didalam kuali tapi tidak panas serta kuih-kuih tradisional yang dijual dibuat terus depan tetamu unutk mereka tahu cara menyediakannya. 

Kerana itu Langkawi terus menjadi daya tarikan utama para pelancung beserta pulau-pulau disekelilingya yang sentiasa menunggu untuk pelancung mengalami percutian yang menakjubkan.

berkeliling di bandaraya kuching


Sarawak terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik..berpeluang melancong ke kuching merupakan satu pengalaman menarik.Replika Kuching ini menandakan mercutanda bandaraya kuching yang amat mengasyikkan. Melawat kota Kuching sesuatu yang menarik menanti anada. Ini kerana banyak muzium boleh dil;ihat dan menyediakan berbagai pengetahuan unutk diketahui..Di samping itu pilihan kraftangannya juga cantik dan unik...begitu juga sajian makanan yang sedap.

Kinabalu ku tawan


MENDAKI GUNUNG KINABALU

Gunung KInabalu satu nama yang gah kerana ketinggiannya di Asia Tenggara...tetapi jika dapat menawannya ...wah terasa seronoknya.Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan....Saya telah berjaya menawannya dalam dua kali cubaan...kedua-dua cubaan memang pengalaman yang tersendiri...Bagi saya dengan pendakian ini secara peribadi merasakan kejayaan peribadi
terbesar yang dicapai....
Cubaan pertama... saya kurang bersedia dari segi stamina...menyebabkan mengambil masa yanga agak panjang unutk sampai ke puncak...bermula di Timpohon stesyen pertama dan sampai ke stesyen Laban Rata iaitu tempat persinggahan sebelum ke puncak bermula jam 8.00 pagi hingga ke 4.00 petang...wah...penatnya bukan main...walaupun  banyak perhentian atau stesyen kecil disediakan unutk beristirehat serta minum ...masih penat sangat...kerana persediaan dari segi stamina..yang kurang...
Cubaan kedua saya lebih baik iaitu bermula jam 8.00 pagi dan tiba jam 2.00 petang...masih juga penat kerana pendakian yang tidak berakhir...walaupun trakck atau laluan disediakan ...tapi masih mencabar...sokongan dan motivasi dari kawan2 serta "guide " yang sentiasa bersedia memberikan bantuan apabila diperlukan...kadangkala ...mereka tolong bawakan beg atau apa jua bantuan yang boleh diberi seperti kata2 motivasi.

Setelah berehat di Timpohon kita akan mula mendaki ke puncak pada pagi esok jam 3.00 pagi...bayangkan persediaan yang perlu di bawa dan hanya bantuan lampu picit dan mendengar arahan "Guide " itu kita harus terus mendaki...Pendakian menjadi semakin lebih mencabar...dan kadangkala perlukan bergayut pada tali ...dan kena terus mendaki dan mendaki...kita kena tetapkan sebelum jam 7.00 harus sampai ke puncak...dan turun semula....jika kita tak sampai dalam tempoh ditetapkan..."Guide" itu menasihatkan agar turun saja tanpa menamatkan pendakian ke puncak itu....Dalam cubaan pertama saya dinasihatkan agar turun sahaja...dan  dalam pendakian kedua...barulah sampai ke puncak...Alangkah seronoknya bergambar dan meraikan saat-saat kejayaan peribadi menawan puncak Gunung Kinabalu itu....

Banyak pengajaran sepanjang pendakian tersebut saya pelajari...Antaranya ialah kita boleh berjaya dan mungkin juga kali pertama gagal tapi boleh berjaya dalam cubaan kali kedua ...Selain itu kita dapat melihat keazaman untuk berjaya..dan lebih menghargai persekitaran dan peka dengan alam sekeliling...Banyak pokok-pokok dan yang hanya dapat dilihat perubahan ketinggian...bermula hutan yg tebal di awal pendakian , pokok-pokok yang semakin renek dan akhirnya tumbuh-tumbuhan yang hanya tumbuh di batuan di ketinggian yang tinggi...begitulah indahnya ciptaan Tuhan...dan detik2 di puncak itu hanya sebentar...dan begitulah kalau kita aplikasikan dalam kehidupan sebenar dimana kejayaan perlukan pengorbanan, keazamanan

Syahdunya di Mekah

SEPETANG DI DANAU TOBA

malam di Beijing

Disember 2004 di Beijing

 

Rombongan ke Beijing bersama kawan-kawan membuka minda dan dapat mengalami pengalaman yang menyeronokkan.  Tiba di Tembok Besar Cina  melihat betapa teguhnya tembok yang dibina dari zaman dinasti lama hingga kini.

Selain itu banyak juga pengalaman mencuba teh, akupuntur dan memilih kain sutera juga merupakan satu pengalaman baru.

Kebetulan pula berada dalam musim sejuk dapat merasa dan bermain dengan salji. Alhamdulillah begitu nikmat tuhan dapat di lihat di negara ini.

Tsunami telah melanda dan mendengarnya amat menggerunkan sekali.Banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku menginsafkan diri betapa Tuhan memberi manusia berfikir dan mengambil iktibar atas musibah yang berlaku.

bunga matahari



bunga matahari yang berkembang menarik ke arah pancaran matahari...warnanya yang terang mempersona dan memeriahkan suasana..malahan terdapat sebuah lukisan yang berlatar belakangkan bunga matahari yang bernilai jutaan ringgit...kita boleh nimati makanan berasaskan bunga matahari sambil menonton wayang..memenuhi masa senggang..dan sebagai lukisan juga amat menarik dijadikan karya di atas kertas ataupun sebagai gambar..

teratai

 teratai berkembang di tasik merupakan  satu pemandangan yang indah...di kelilingi daun-daunnya yang lebar dan memenuhi permukaan kolam menjadikan satu nostalgia yang mengasyikkan..

sk sg jernih melaka


Hmm di sini perjalan ilmu ku bermula..Walaupun hanya untuk setahun cuma..disinilah bermula belajar mengenal ABC...Lama sudah ku tinggalkan ..Baru-baru ini berkesempatan melalui kawasan sekolah ini dapatlah sekilas pandangsekolah yang pernah ku jejaki dulu..nostalgia zaman kanak-kanak mengimbau di ingatan...Terima kasih cikgu semua...

helicornia

Saturday, 7 May 2011

sakura


Sakura dan Jepun adalah sinonim..dan pemandangan yang menarik di musim bunga sentiasa mengimbau dan memanggil pelancong dari segenap dunia untuk menyaksikan keindahan bunga sakura yang unik dan menarik..terdapat pelbagai speasis menarik dan jika berbunga serentak maka terserlahlah keindahan panorama secara keseluruhan...meskipun gugur bertaburan sakura masih indah dipandang mata .

orkid

Hari penuh sejarah

Pada tanggal 28 April 2011 tamatlah kursus di IPG Melaka...setelah majlis penutup yang meriah bercampur sayu
kami dititipkan sijil dan kenangan sepanjang di Melaka

Sesampai di Muar...satu insiden berlaku..menyebabkan..kereta masuk bengkel..ohh...sekurang-kurangnya...kesihatan
ku baik...Alhamdulillah tidak masuk ke hospital..

Dugaan...dugaan...tempuhilah segala....

Tuesday, 26 April 2011

sajak

<embed allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always" height="200" src="http://www.4shared.com/embed/581379977/7ca82c81"  width="320" ></embed>

Monday, 25 April 2011

iklan tv 3 merdeka tugu negara

kaktus


bunga kaktus yang berduri menarik dalam banyak species..strukturnya yang berduri membolehkannya hidup di tempat berbatu..dan sebagai pelindung..kepada alam sekitar..menyimpan air untuk kegunaan sendiri dan kurang dilihat berbanding bunga-bunga yang lain..penjagaannya juga ringkas dan tidk perlu kerap di siram air...walaupun banyak jenis bunga-bungaan tidak sekuat bunga kaktus yang boleh menangani persekitaran yang berbeza..ia kekal unik dalam kelasnya yang tersendiri

kekwa

Tulip


tulip yang menarik ini terdapat dalam berbagai warna...di Belanda di tanam secara komersial dan saujana mata memandang dengan perbagai warna yang menarik..sifatnya yang memukau mata menyebabkan penulis menyimpan perasaan satu hari nanti untuk melihat ladang bunga tul;ip yang ebenar...wah alangkah indahnya jika menjadi kenyataan..cantik sekali dijadikan gubahan lukisan dan mengekalkan rupanya yang anggun.malah jika melihat pelbagai spesis yanga da dan pelbagai warna yang ada menjadikan ia dalam kelasnya yang tersendiri..

Sunday, 24 April 2011

USM PENANG


Menara gading ini terletak di Pulau Mutiara yang indah...penulis menghabiskan selama tiga tahun menetap di Pulau Mutiara untuk menghabiskan pengajian ...tentulah banyak sekali kenangan indah semasa bertungkus lumus dengan kuliah, tutor . tugasan dan sebagainya untuk melayakkan menggenggam ijazah yang ditawarkan..kawasannya yang berbukit di kelilingi panorama yang indah menjadikan Universiti Sains Malaysia tenpat yang strategik untuk menimba ilmu..berbekalkan azam dan cita semua mahasiswa dan mahasiswi mengerah seluruh tenaga unutk menghabiskan pengajian masing-masing..

Hari dinanti ialah hari penyampaian ijazah yang menjadi kenagan seumur hidup ..sebagai hadiah kerana segala titik peluh dan airmata yang tumpah di sepanjang perjalanan menghabiskan pengajian masing-masing..Memori bangunan pengajian tempat titis-titis ilmu dikutip menjadi satu kenangan indah dalam lipatan memori..

Terima kasih Universiti Sains Malaysia..dan para pengajarnya serta rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus berjuang hingga ke saat akhir pengajian...dimana saja kalian berada semoga kenangan di Universiti Saiuns Malaysia tetap dalam ingatan...

IPG IPOH

cuti cuti malaysia SUZANA

SEMALAM DI MELAKA

SUNGAI MELAKA

Friday, 22 April 2011

sepetang bersama roslan madun

19 April 2011

 Satu majlis santai Sepetang bersama Roslan Madun telah diadakan di Dewan Halimah di IPG Melaka....Bersamanya disertai seorang bintang Sahidatul dan pensyarah encik Muhammmad MUrshid dan en Rosli...berendoi berirama puisi, tradisional, gurindam dan syair...Alhamdulillah banyak sekali bahan di kongsi bersama sepanjang penglibatan mereka di bidang ini...Sama-sama kita memartabatkan puisi tradisional di celah-celah perkembangan muzik terkini....

Wednesday, 20 April 2011

..SELAMAT DATANG

KURSUS INOVASI DI IPG MELAKA

Bermula 4 April hingga 30 April mengikuti kursus Inovasi di Institut Perguruan melayu Melaka...terlalu banyak ilmu yang di pelajari dalam masa yang singkat...semuanya satu pengalaman baru yang menyeronokkan..bersama pensyarah dan kawan-kawan baru..terima kasih semua

tsunami jepun

cuti cuti malaysia