Menara gading ini terletak di Pulau Mutiara yang indah...penulis menghabiskan selama tiga tahun menetap di Pulau Mutiara untuk menghabiskan pengajian ...tentulah banyak sekali kenangan indah semasa bertungkus lumus dengan kuliah, tutor . tugasan dan sebagainya untuk melayakkan menggenggam ijazah yang ditawarkan..kawasannya yang berbukit di kelilingi panorama yang indah menjadikan Universiti Sains Malaysia tenpat yang strategik untuk menimba ilmu..berbekalkan azam dan cita semua mahasiswa dan mahasiswi mengerah seluruh tenaga unutk menghabiskan pengajian masing-masing..
Hari dinanti ialah hari penyampaian ijazah yang menjadi kenagan seumur hidup ..sebagai hadiah kerana segala titik peluh dan airmata yang tumpah di sepanjang perjalanan menghabiskan pengajian masing-masing..Memori bangunan pengajian tempat titis-titis ilmu dikutip menjadi satu kenangan indah dalam lipatan memori..
Terima kasih Universiti Sains Malaysia..dan para pengajarnya serta rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus berjuang hingga ke saat akhir pengajian...dimana saja kalian berada semoga kenangan di Universiti Saiuns Malaysia tetap dalam ingatan...
No comments:
Post a Comment