MENDAKI GUNUNG KINABALU
Gunung KInabalu satu nama yang gah kerana ketinggiannya di Asia Tenggara...tetapi jika dapat menawannya ...wah terasa seronoknya.Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan....Saya telah berjaya menawannya dalam dua kali cubaan...kedua-dua cubaan memang pengalaman yang tersendiri...Bagi saya dengan pendakian ini secara peribadi merasakan kejayaan peribadi
terbesar yang dicapai....
Cubaan pertama... saya kurang bersedia dari segi stamina...menyebabkan mengambil masa yanga agak panjang unutk sampai ke puncak...bermula di Timpohon stesyen pertama dan sampai ke stesyen Laban Rata iaitu tempat persinggahan sebelum ke puncak bermula jam 8.00 pagi hingga ke 4.00 petang...wah...penatnya bukan main...walaupun banyak perhentian atau stesyen kecil disediakan unutk beristirehat serta minum ...masih penat sangat...kerana persediaan dari segi stamina..yang kurang...
Cubaan kedua saya lebih baik iaitu bermula jam 8.00 pagi dan tiba jam 2.00 petang...masih juga penat kerana pendakian yang tidak berakhir...walaupun trakck atau laluan disediakan ...tapi masih mencabar...sokongan dan motivasi dari kawan2 serta "guide " yang sentiasa bersedia memberikan bantuan apabila diperlukan...kadangkala ...mereka tolong bawakan beg atau apa jua bantuan yang boleh diberi seperti kata2 motivasi.
Setelah berehat di Timpohon kita akan mula mendaki ke puncak pada pagi esok jam 3.00 pagi...bayangkan persediaan yang perlu di bawa dan hanya bantuan lampu picit dan mendengar arahan "Guide " itu kita harus terus mendaki...Pendakian menjadi semakin lebih mencabar...dan kadangkala perlukan bergayut pada tali ...dan kena terus mendaki dan mendaki...kita kena tetapkan sebelum jam 7.00 harus sampai ke puncak...dan turun semula....jika kita tak sampai dalam tempoh ditetapkan..."Guide" itu menasihatkan agar turun saja tanpa menamatkan pendakian ke puncak itu....Dalam cubaan pertama saya dinasihatkan agar turun sahaja...dan dalam pendakian kedua...barulah sampai ke puncak...Alangkah seronoknya bergambar dan meraikan saat-saat kejayaan peribadi menawan puncak Gunung Kinabalu itu....
Banyak pengajaran sepanjang pendakian tersebut saya pelajari...Antaranya ialah kita boleh berjaya dan mungkin juga kali pertama gagal tapi boleh berjaya dalam cubaan kali kedua ...Selain itu kita dapat melihat keazaman untuk berjaya..dan lebih menghargai persekitaran dan peka dengan alam sekeliling...Banyak pokok-pokok dan yang hanya dapat dilihat perubahan ketinggian...bermula hutan yg tebal di awal pendakian , pokok-pokok yang semakin renek dan akhirnya tumbuh-tumbuhan yang hanya tumbuh di batuan di ketinggian yang tinggi...begitulah indahnya ciptaan Tuhan...dan detik2 di puncak itu hanya sebentar...dan begitulah kalau kita aplikasikan dalam kehidupan sebenar dimana kejayaan perlukan pengorbanan, keazamanan
No comments:
Post a Comment