Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri sentiasa menggamit pengunjung yang datang ke pulaunya yang terletak di utara iaitu di negeri Kedah. Banyak sekali tarikan di Langkawi yang menjanjikan percutian yang tidak dapat di lupakan. Pulaunya yang indah dengan pantai yang putih dan tempat menarik seperti Beras Terbakar..menjanjikan pengalaman menarik sambil kita mengetahui sejarah tempatan. Kuah yang penuh dengan kedai dan gerai-gerai untuk pengunjung menyediakan bermacam-macam cenderamata untuk dibawa pulang. Selain itu sekarang telah ada cabel unutk dinaiki dari Bukit Berincang..menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pengalaman pergi ke Langkawi semasa LIMA diadakan amat menakjubkan. Banyak sekali negara yang mengambil bahagaian samada pameran kenderaan di darat laut dan udara menjadikan Langkawi sebagai pusat tarikan nombor satu. berbagai pameran diadakan dan sekaligus mencapah perkembangan maklumat yang diterima para pengunjung sambil melancung dan belajar dari setiap pameran yang disaksikan.
Walaupun telah banyak kali pergi ke Langkawi para pengunjung tidak akan serik-serik dengan pemandangannya yang indah dan pengalaman membeli minyak gamat iaitu mencuba minyak didalam kuali tapi tidak panas serta kuih-kuih tradisional yang dijual dibuat terus depan tetamu unutk mereka tahu cara menyediakannya.
Kerana itu Langkawi terus menjadi daya tarikan utama para pelancung beserta pulau-pulau disekelilingya yang sentiasa menunggu untuk pelancung mengalami percutian yang menakjubkan.
No comments:
Post a Comment