Wednesday, 18 May 2011

bunga refflesia


Bunga Refflesia ini mendapat nama dari Stamfort Rafle yang menjumpainya...sebanyak 28spesies dan kesemuanya dengan saiz yang besar.Jika kembang sepenuhnya boleh melebihi 39 inci dan beratnya juga boleh tahan kerana mengambil kira ukur keliling dan sebagainya. Terdapat juga di Taman Negara  Kinabalu khususnya dan juga hutan-hutan yang agak tebal. Warnanya yang menarik iaitu merah menarik unggas-unggas lain kepadanya. Satu lagi tarikan pelancung unutk mengenali bunga yang unik ini.

Langkawi ku jelajahi


Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri sentiasa menggamit pengunjung yang datang ke pulaunya yang terletak di utara iaitu di negeri Kedah. Banyak sekali tarikan di Langkawi yang menjanjikan percutian yang tidak dapat di lupakan. Pulaunya yang indah dengan pantai yang putih dan tempat menarik seperti Beras Terbakar..menjanjikan pengalaman menarik sambil kita mengetahui sejarah tempatan. Kuah yang penuh dengan kedai dan gerai-gerai untuk pengunjung menyediakan bermacam-macam cenderamata untuk dibawa pulang. Selain itu sekarang telah ada cabel unutk dinaiki dari Bukit Berincang..menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pengalaman pergi ke Langkawi semasa LIMA diadakan amat menakjubkan. Banyak sekali negara yang mengambil bahagaian samada pameran kenderaan di darat laut dan udara menjadikan Langkawi sebagai pusat tarikan nombor satu. berbagai pameran diadakan dan sekaligus mencapah perkembangan maklumat yang diterima para pengunjung sambil melancung dan belajar dari setiap pameran yang disaksikan.

Walaupun telah banyak kali pergi ke Langkawi para pengunjung tidak akan serik-serik dengan pemandangannya yang indah dan pengalaman membeli minyak gamat  iaitu mencuba minyak didalam kuali tapi tidak panas serta kuih-kuih tradisional yang dijual dibuat terus depan tetamu unutk mereka tahu cara menyediakannya. 

Kerana itu Langkawi terus menjadi daya tarikan utama para pelancung beserta pulau-pulau disekelilingya yang sentiasa menunggu untuk pelancung mengalami percutian yang menakjubkan.

berkeliling di bandaraya kuching


Sarawak terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik..berpeluang melancong ke kuching merupakan satu pengalaman menarik.Replika Kuching ini menandakan mercutanda bandaraya kuching yang amat mengasyikkan. Melawat kota Kuching sesuatu yang menarik menanti anada. Ini kerana banyak muzium boleh dil;ihat dan menyediakan berbagai pengetahuan unutk diketahui..Di samping itu pilihan kraftangannya juga cantik dan unik...begitu juga sajian makanan yang sedap.

Kinabalu ku tawan


MENDAKI GUNUNG KINABALU

Gunung KInabalu satu nama yang gah kerana ketinggiannya di Asia Tenggara...tetapi jika dapat menawannya ...wah terasa seronoknya.Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan....Saya telah berjaya menawannya dalam dua kali cubaan...kedua-dua cubaan memang pengalaman yang tersendiri...Bagi saya dengan pendakian ini secara peribadi merasakan kejayaan peribadi
terbesar yang dicapai....
Cubaan pertama... saya kurang bersedia dari segi stamina...menyebabkan mengambil masa yanga agak panjang unutk sampai ke puncak...bermula di Timpohon stesyen pertama dan sampai ke stesyen Laban Rata iaitu tempat persinggahan sebelum ke puncak bermula jam 8.00 pagi hingga ke 4.00 petang...wah...penatnya bukan main...walaupun  banyak perhentian atau stesyen kecil disediakan unutk beristirehat serta minum ...masih penat sangat...kerana persediaan dari segi stamina..yang kurang...
Cubaan kedua saya lebih baik iaitu bermula jam 8.00 pagi dan tiba jam 2.00 petang...masih juga penat kerana pendakian yang tidak berakhir...walaupun trakck atau laluan disediakan ...tapi masih mencabar...sokongan dan motivasi dari kawan2 serta "guide " yang sentiasa bersedia memberikan bantuan apabila diperlukan...kadangkala ...mereka tolong bawakan beg atau apa jua bantuan yang boleh diberi seperti kata2 motivasi.

Setelah berehat di Timpohon kita akan mula mendaki ke puncak pada pagi esok jam 3.00 pagi...bayangkan persediaan yang perlu di bawa dan hanya bantuan lampu picit dan mendengar arahan "Guide " itu kita harus terus mendaki...Pendakian menjadi semakin lebih mencabar...dan kadangkala perlukan bergayut pada tali ...dan kena terus mendaki dan mendaki...kita kena tetapkan sebelum jam 7.00 harus sampai ke puncak...dan turun semula....jika kita tak sampai dalam tempoh ditetapkan..."Guide" itu menasihatkan agar turun saja tanpa menamatkan pendakian ke puncak itu....Dalam cubaan pertama saya dinasihatkan agar turun sahaja...dan  dalam pendakian kedua...barulah sampai ke puncak...Alangkah seronoknya bergambar dan meraikan saat-saat kejayaan peribadi menawan puncak Gunung Kinabalu itu....

Banyak pengajaran sepanjang pendakian tersebut saya pelajari...Antaranya ialah kita boleh berjaya dan mungkin juga kali pertama gagal tapi boleh berjaya dalam cubaan kali kedua ...Selain itu kita dapat melihat keazaman untuk berjaya..dan lebih menghargai persekitaran dan peka dengan alam sekeliling...Banyak pokok-pokok dan yang hanya dapat dilihat perubahan ketinggian...bermula hutan yg tebal di awal pendakian , pokok-pokok yang semakin renek dan akhirnya tumbuh-tumbuhan yang hanya tumbuh di batuan di ketinggian yang tinggi...begitulah indahnya ciptaan Tuhan...dan detik2 di puncak itu hanya sebentar...dan begitulah kalau kita aplikasikan dalam kehidupan sebenar dimana kejayaan perlukan pengorbanan, keazamanan

Syahdunya di Mekah

SEPETANG DI DANAU TOBA

malam di Beijing

Disember 2004 di Beijing

 

Rombongan ke Beijing bersama kawan-kawan membuka minda dan dapat mengalami pengalaman yang menyeronokkan.  Tiba di Tembok Besar Cina  melihat betapa teguhnya tembok yang dibina dari zaman dinasti lama hingga kini.

Selain itu banyak juga pengalaman mencuba teh, akupuntur dan memilih kain sutera juga merupakan satu pengalaman baru.

Kebetulan pula berada dalam musim sejuk dapat merasa dan bermain dengan salji. Alhamdulillah begitu nikmat tuhan dapat di lihat di negara ini.

Tsunami telah melanda dan mendengarnya amat menggerunkan sekali.Banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku menginsafkan diri betapa Tuhan memberi manusia berfikir dan mengambil iktibar atas musibah yang berlaku.

bunga matahari



bunga matahari yang berkembang menarik ke arah pancaran matahari...warnanya yang terang mempersona dan memeriahkan suasana..malahan terdapat sebuah lukisan yang berlatar belakangkan bunga matahari yang bernilai jutaan ringgit...kita boleh nimati makanan berasaskan bunga matahari sambil menonton wayang..memenuhi masa senggang..dan sebagai lukisan juga amat menarik dijadikan karya di atas kertas ataupun sebagai gambar..

teratai

 teratai berkembang di tasik merupakan  satu pemandangan yang indah...di kelilingi daun-daunnya yang lebar dan memenuhi permukaan kolam menjadikan satu nostalgia yang mengasyikkan..

sk sg jernih melaka


Hmm di sini perjalan ilmu ku bermula..Walaupun hanya untuk setahun cuma..disinilah bermula belajar mengenal ABC...Lama sudah ku tinggalkan ..Baru-baru ini berkesempatan melalui kawasan sekolah ini dapatlah sekilas pandangsekolah yang pernah ku jejaki dulu..nostalgia zaman kanak-kanak mengimbau di ingatan...Terima kasih cikgu semua...

helicornia

Saturday, 7 May 2011

sakura


Sakura dan Jepun adalah sinonim..dan pemandangan yang menarik di musim bunga sentiasa mengimbau dan memanggil pelancong dari segenap dunia untuk menyaksikan keindahan bunga sakura yang unik dan menarik..terdapat pelbagai speasis menarik dan jika berbunga serentak maka terserlahlah keindahan panorama secara keseluruhan...meskipun gugur bertaburan sakura masih indah dipandang mata .

orkid

Hari penuh sejarah

Pada tanggal 28 April 2011 tamatlah kursus di IPG Melaka...setelah majlis penutup yang meriah bercampur sayu
kami dititipkan sijil dan kenangan sepanjang di Melaka

Sesampai di Muar...satu insiden berlaku..menyebabkan..kereta masuk bengkel..ohh...sekurang-kurangnya...kesihatan
ku baik...Alhamdulillah tidak masuk ke hospital..

Dugaan...dugaan...tempuhilah segala....